Powered By Blogger

Rabu, 24 April 2013

Metafora Kehidupan

 
air yang mengalir deras dari hulu sungai itu akhirnya sampai juga ke hilir,



tetapi air sungai itu terpaksa menongkah batu-batu yang ada di sepanjang perjalanannya,

itulah metafora kehidupan di dunia ini yang mana tidak pernah lekang dengan ujian ibarat batu-batu di sepanjang sungai itu.
tumbuhan nan menghijau mekar tumbuh di dalam hutan belantara,
ada pokok yang tinggi dan ada pula yang renek,

itulah metafora kehidupan di dunia ini yang mana kadangkala kita sentiasa berada di atas dan kadangkala kita berada di bawah tetapi yang di atas tidak menindas yang berada di bawah malah tetap bersama tumbuh mekar di bawah satu cahaya sama.
cahaya matahari yang terang menyinari bumi,
cuba untuk menembusi celah-celah pokok rimbun,

itulah metafora kehidupan di dunia ini yang mana bukan selalu kita gembira tetapi kadangkala air mata tetap mengalir kesedihan ibarat hujan yang membasahi bumi.

Ketika Kita Difitnah


Lumrah kehidupan di dunia,
Pasti hadir ujian melanda,
Tatkala ujian menyergah diri yang lena dengan pesona dunia,
Terasa berat diri ini melaluinya.

Manusia kerap kali menyalah ertikan setiap apa yang kita sering lakukan,
tapi Pencipta lebih tahu akan niat yang dipasakkan,
dek kerana manusia yang sering berprasangka buruk,
maka tercetus fitnah yang rapuh lagi pincang,
mungkin kerana sikap cemburu,
mungkin kerana sikap berhasad dengki tertanam dalam hati,

Ya,
Semuanya bermula daripada seketul daging yang ada dalam diri manusia iaitu hati,
Elemen inilah yang seringkali dikotorkan dengan sifat mazmumah,
Elemen inilah yang seringkali dicemarkan dengan dosa dan noda,
Dek kerana sudah lama tidak dibersihkan maka ianya terus diselubungi dengan virus hitam yang akan menjadi parasit yang merosakkan.

Mustahil diriku tidak menangis tatkala fitnah menyapa,
Mustahil diriku tidak lemah tatkala fitnah menerpa,
Ini kerana aku juga manusia ciptaanNya yang mempunyai hati dan perasaan.

Tapi,
Aku tidak menyalahkan mereka yang menyebarkan fitnah,
mungkin juga ianya berpunca daripada diri yang dhaif ini,
mungkin juga ianya berpunca daripada perlakuan diriku sendiri,
Aku juga perlu muhasabah diriku agar aku tidak mudah menghukum mereka.

*Semoga Allah terus memberikan diriku kekuatan.
Istiqomah dalam Cinta untukNya, melahirkan kenikmatan disetiap perjalanan Da’wah, Keep Istiqomah ya!! Barokallahu fiik 