Powered By Blogger

Rabu, 24 April 2013

Ketika Kita Difitnah


Lumrah kehidupan di dunia,
Pasti hadir ujian melanda,
Tatkala ujian menyergah diri yang lena dengan pesona dunia,
Terasa berat diri ini melaluinya.

Manusia kerap kali menyalah ertikan setiap apa yang kita sering lakukan,
tapi Pencipta lebih tahu akan niat yang dipasakkan,
dek kerana manusia yang sering berprasangka buruk,
maka tercetus fitnah yang rapuh lagi pincang,
mungkin kerana sikap cemburu,
mungkin kerana sikap berhasad dengki tertanam dalam hati,

Ya,
Semuanya bermula daripada seketul daging yang ada dalam diri manusia iaitu hati,
Elemen inilah yang seringkali dikotorkan dengan sifat mazmumah,
Elemen inilah yang seringkali dicemarkan dengan dosa dan noda,
Dek kerana sudah lama tidak dibersihkan maka ianya terus diselubungi dengan virus hitam yang akan menjadi parasit yang merosakkan.

Mustahil diriku tidak menangis tatkala fitnah menyapa,
Mustahil diriku tidak lemah tatkala fitnah menerpa,
Ini kerana aku juga manusia ciptaanNya yang mempunyai hati dan perasaan.

Tapi,
Aku tidak menyalahkan mereka yang menyebarkan fitnah,
mungkin juga ianya berpunca daripada diri yang dhaif ini,
mungkin juga ianya berpunca daripada perlakuan diriku sendiri,
Aku juga perlu muhasabah diriku agar aku tidak mudah menghukum mereka.

*Semoga Allah terus memberikan diriku kekuatan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Istiqomah dalam Cinta untukNya, melahirkan kenikmatan disetiap perjalanan Da’wah, Keep Istiqomah ya!! Barokallahu fiik 