Powered By Blogger

Selasa, 28 Januari 2014

Ya Rabb, diri ini amat merindui syahid di jalanMu


Dan pada saat kekecewaan itu datang, Dia hadir dalam hidup ku. mengetuk pintu hatiku. membawa seribu pengertian. tidak tergambar riangnya hati ini. Baru ku sadar, sudah lama Dia menabur benih kasih sayang terhadap ku. Cuma aku yang dalam ketidak sadaran. Sepanjang perhubungan ini, belum pernah Dia sakitkan hatiku, belum pernah Dia kecewakan .

Berita-berita gembira yang Dia bawakan sentiasa menceriakan hidupku. Surat-surat cinta dalam Al-qur’an Dia layangkan menjadi peneman aku sehari-hari. Tidak pula ku jemu membacanya malah aku sentiasa dalam kerinduan untuk bertemuMu Ya Allah. Dan tidak pula Dia jemu menjagaku, di kala aku kesedihan, Dia kujadikan tempat meluahkan segala pengaduanku. Di kala aku gembira, ku tahu Dia bersama aku pada ketika itu. Kita berkongsi kegembiraan bersama. Dia hadiahkan aku teman-teman sejati, teman-teman yang ikhlas dalam perjuangan mereka. Aku hargai pemberian itu, agar aku turut sama berada di landasan mereka. 
Walaupun masih lagi batasi, namun Dia rapatkan jurang itu, sehingga terasa Dia disampingku. NamaMu menjadi siulanku seharian. Ku tahu Dia sering menguji kasih sayangku, Dia uji kesetiaan ku. Sehinggakan dalam tak sadar aku pula menyakiti Dia. Maafkan aku wahai kekasih hati. Tidak mampu ku tandingi kehebatan cinta Dia. Sungguh. Inilah manis kebahagian yang aku nantikan. Aku pasti Dia tidak akan pernah meninggalkan aku. Hanya Dia dan aku. Kekasihku Allah...
Ketika ini, langkah terasa payah, nafas terasa lelah, hati teramat gelisah, menghadapi ujian yang Maha Esa.. Kalbuku, yakinlah pada janji ar-Rahim, ia tak pernah sendiri, tidak mungkin jua terasa sunyi, mustahil jua tandus tanpa cinta, kerna kasih Nya sentiasa ada buat kita...  tabahlah Dia menjamah getir ujian buat kita, teguhlah Dia terus berdiri, kerna Dia pasti mampu hadapinya, itu janji Tuhan yang Esa... Penawar, biar perih terasa mengejar cinta Yang Esa, dari terleka mencari fatamorgana yang fana, berimanlah ini terbaik untukmu, segala tersurat sudah, kerana Dia Khalidmu, Maha mengetahui segala sesuatu, pasti ada sebabnya setiap kisah hidupmu.... ..
Ya Rabb, diri ini amat merindui syahid di jalanMu, ingin sekali bertemu denganMu, berada dikalangan para anbiya', para syuhada'. Ya Sami', jadikanlah kami golongan orang-orang yang bertaqwa.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Istiqomah dalam Cinta untukNya, melahirkan kenikmatan disetiap perjalanan Da’wah, Keep Istiqomah ya!! Barokallahu fiik 