Powered By Blogger

Senin, 25 November 2013

Siapkan Cintamu wahai Mujahadah CintaNya

Bismillahirahmanirahim.


Setiap hari, terlintas satu ketika dan setiap masa tentang mencari keredhaanNya. Dan hari demi hari, hakikat yang sentiasa perlu diterima iaitu belum sampai masanya untuk kita berjumpa dengan Allah. MasyaAllah, kerinduan untuk melihat Allah itu pasti hadir di relung hati mereka yang bergelar insan bersama tautan akidah pengakuan Allah Yang Maha Esa. Tertunggu saat bilakah boleh berjumpa denganNya?


MasyaAllah, tatkala persoalan itu diajukan pada hati dan juga sahabat ..... Persoalan yang hanya dijawab dengan persoalan yang lain.


"Sudah bersediakah diri ukhti untuk mengadapNya?"


"Bagaimana dengan amanah-amanah ukhti?"


"Sudah selesaikah semua hutang yang perlu dibayar?"

Istiqomah dalam Cinta untukNya, melahirkan kenikmatan disetiap perjalanan Da’wah, Keep Istiqomah ya!! Barokallahu fiik 